About Me

My photo
Baling, Kedah, Malaysia
Kerja Swasta, JV dengan Abah n Family buka bisnes kambing, Consider penggerak bisnes... Respect kat bos n adik2 yang berusaha menjayakan bisnes

Saturday, April 19, 2008

Susah-susah dahulu, Projek Komersil kemudian



Nilah kandang aku mula-mula buat ternak kambing; bleh la muat dalam 15 ekor saiz 15x30 kaki.Sept 2006


Pastu bila dah bertambah populasi, modal pusing aku cuma untuk keluar masuk kambing dan makanan PKC dan ubat...aku masuk hutan kat tepi tanah aku tambah saiz kandang jadi 15x 60 kaki. sekarang dalam kandang dah ada 50 ekor kambing



Ni baka jantan aku guna untuk kacuk kambing aku.dari baka anglo nubian cross.. baka jamnapari tak sesuai dengan cuaca kat kampung aku...aku dah habis modal dekat RM2300 beli 3 ekor baka jamnapari tapi semua tak tahan, sepi di kuburan. untuk makluman kawasan baling cuaca dia agak ekstrem skit bila waktu malam, start jam 11 malam sejuknya menusuk tulang...mandi pagi kira ketar gigi laa...maklumlah kawasan hulu.."environment friendly" lagi la..





Hasil kacukan bapak kambing anglo nubian dengan kambing kampung kat kandang aku....





Aku ingat nak buat homestay kat kandang aku so sapa-sapa yang berminat nak melawat baling bleh tido di tempat aku, baling ni kaya dengan alam semulajadi macam air terjun lata bukit hijau, lata bayu, air panas lenggong... gunung inas pemandangan puncak banjaran...kalau datang kira malas nak balik la...

Sunday, April 13, 2008

Mencari Rezeki Di Bumi Tuhan

Bermula dari kelahiran putera pertamaku mohammad muaz tanggal 02 Julai 2006,
aku teringin memberi satu tanda syukur diatas kelahirannya,
bermodalkan RM380 ku membeli sepasang kambing kampung sebagai hadiah untuk anak aku,

kini setelah hampir 2 tahun dari kandang berdindingkan kayu terbuang,
berlantaikan batang pinang, aku mengorak langkah tanpa menoleh kebelakang,
dengan modal dari gaji dan hasil kebun getah orang tuaku,
populasi kambingku sudah mencecah 50 ekor dari baka kacukan dan kampung,

VISI PERNIAGAAN: MENEROKA PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN SEHINGGA MENJADI "KEY PLAYER" DALAM PENTERNAKAN KAMBING DI KEDAH DAN MALAYSIA TERUTAMA INDUSTRI HILIRAN,

MATLAMAT JANGKA PENDEK UNTUK MENAMBAH POPULASI KAMBING MENCECAH 300 EKOR STOK JUALAN.

MATLAMAT JANGKA PANJANG UNTUK MENEROKA BIDANG SEJUK BEKU DAN FRANCAIS MAKANAN BERASASKAN KAMBING

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN