About Me

My photo
Baling, Kedah, Malaysia
Kerja Swasta, JV dengan Abah n Family buka bisnes kambing, Consider penggerak bisnes... Respect kat bos n adik2 yang berusaha menjayakan bisnes

Friday, June 13, 2008

Tahun Melawat Kedah 2008!!!!!








Mai cek mai cek mai ....mai ke negeri kedah, mai bagi ramai kita jamu nasik kawah (buat kenduri bleh la rasa)...










ok... aku nak promote kawasan aku yang tak berapa di kenali ramai Baling, kedah...










di Baling ni topografi dia berbukit skit , kat kedah consider kawasan hulu kedah, dialek slanga pun macam terengganu campur fattani so bleh kenal la orang mana...










di Baling memang banyak destinasi percutian seperti air terjun (lata), air panas dan tempat bersejarah.... memali, sekolah keb tunku putra dll...










kat Baling ada Baling Resort dengan Air Panas Lenggong Resort, dan satu budget chalet (JKR), dan homestay.










so selamat bercuti....

Wednesday, June 11, 2008

STOK KAMBING ANGLO CROSS, JAMNAPARI CROSS & BOER CROSS

Kandang kami pada masa kini mempunyai stok kambing cross untuk dijual berat 30kg keatas dan harga boleh dirunding.

pihak kami menerima tempahan pada sesiapa yang berminat,

kos pengangkutan boleh dirunding....

yang berminat sila hubungi :

ismail: 017-5335595
pak long manan : 019-4607383

Penyakit dan Penawar serta tawakal pada ALLAH!!!!

PENYAKIT

PERNAFASAN & BATUK & SELESMA

PUNCA
*bermula dgn stress p'sekitaran seperti sejuk,musim hujan,pengekangan,perubahan makanan.
*tanda klinikal seperti selesma,batuk,susah benafas,berbunyi semasa bernafas akan timbul.demam,tiada selera makan dan mati.

RAWATAN
*jika d'lakukan post mortem,paru-paru kelihatan hitam dan terdapat buih di dalamnya
*asingkan kambing yg sakit(tenat)( di kandang sakit dan pastikan sekitarnya selesa.
*bersihkan hingus jika tersumbat.
*suntikan dgn antibiotik seperti ENROFLOXACIN, TERRAMYCIN LA, dos yg deberi.suntikan NSAD seperti FLUXIMINE dapat membantu proses penyembuhan.
*suntikan bahagian isi (peha) kambing.

PENCEGAHAN
*sediakan tempat tinggal yg kurang stress,berikan makanan yg seimbang
*berikan antistress semasa perubahan persekitaran,pemindahan atau
penekangan(handling)
*program vaksinasi berjadual terhadap bakteria penebab utama.
*buat ungun api dlm kandang@kawasan pagar.

DOS
Awalan –
Enrofloxacin 100
1ml/10kg

Kritikal –
Terramycin L.A
1ml/10kg
( sela masa 48 jam @ 2 hari)

PENYAKIT
."CIRIT BIRIT"

*samada d'sebabkan oleh pemakan,jangkitan bakteria,jangkitan coccidia@cacing.
*tanda klinkal seperti najis yg keluar cair sehingga memancut.berbau busuk,kadangkala keluar darah.
*kambing boleh menjadi kejang dan mati disebabkan dehydrasi dan ketidakseimbangan elektrolit.
*keadaan basah yg berpanjangan pada keliling dubur ternakan akan menarik perhatian lalat untuk bertelur.

RAWATAN
*dlm kes cirit memancut,berikan scourban plus secara oral 1-2ml/kg.
*suntikan prifinial solution 1ml/20kg.
*suntikan gentacin , TERRAMYCIN 1ml/10kg ulang selepas 3 hari kemudian jika belum sembuh sepenuhnya.
*bagi minum 100plus.

PENCEGAHAN
*pastikan makanan yg d'beri adalah tidak berkulat.
*kawal kambing dari bergerak bebas dari kandang ke kandang yg lain kerana ia boleh jadi pembawa kepada bakteria cirit birit seperti clostridium perferingens,salmonella@coccidia.
*semburkan bahan pembasmi kuman pada petak yg tercemar.
*jangan bagi makan rumput basah@muda.

DOS
Awalan –
Gentacin 10
1ml/10kg

Kritikal –
Terramycin L.A
1ml/10kg

( sela masa 72 jam @ 3 hari)




PERNAFASAN & BATUK & SELSEMA
/TAK LALU MAKAN

DEMAM

PUNCA
*bermula dgn stress p'sekitaran seperti sejuk,musim hujan,pengekangan,perubahan makanan.
*tanda klinikal seperti selesma,batuk,susah benafas,berbunyi semasa bernafas akan timbul.demam,tiada selera makan dan mati.
RAWATAN
*jika d'lakukan post mortem,paru-paru kelihatan hitam dan terdapat buih di dalamnya
*asingkan kambing yg sakit(tenat)( di kandang sakit dan pastikan sekitarnya selesa.
*bersihkan hingus jika tersumbat.
*suntikan dgn antibiotik seperti ENROFLOXACIN, TERRAMYCIN LA, dos yg deberi.suntikan NSAD seperti FLUXIMINE dapat membantu proses penyembuhan.
*suntikan bahagian isi (peha) kambing.

PENCEGAHAN
*sediakan tempat tinggal yg kurang stress,berikan makanan yg seimbang
*berikan antistress semasa perubahan persekitaran,pemindahan atau
penekangan(handling)
*program vaksinasi berjadual terhadap bakteria penebab utama.
*buat ungun api dlm kandang@kawasan pagar.

DOS
Awalan –
Enrofloxacin 100
1ml/10kg

Kritikal –
Terramycin L.A
1ml/10kg
( sela masa 48 jam @ 2 hari)

"CIRIT BIRIT"/
SAKIT KEMALUAN
PUNCA
*samada d'sebabkan oleh pemakan,jangkitan bakteria,jangkitan coccidia@cacing.
*tanda klinkal seperti najis yg keluar cair sehingga memancut.berbau busuk,kadangkala keluar darah.
*kambing boleh menjadi kejang dan mati disebabkan dehydrasi dan ketidakseimbangan elektrolit.
*keadaan basah yg berpanjangan pada keliling dubur ternakan akan menarik perhatian lalat untuk bertelur.

RAWATAN
*dlm kes cirit memancut,berikan scourban plus secara oral 1-2ml/kg.
*suntikan prifinial solution 1ml/20kg.
*suntikan gentacin , TERRAMYCIN 1ml/10kg ulang selepas 3 hari kemudian jika belum sembuh sepenuhnya.
*bagi minum 100plus.

PENCEGAHAN
*pastikan makanan yg d'beri adalah tidak berkulat.
*kawal kambing dari bergerak bebas dari kandang ke kandang yg lain kerana ia boleh jadi pembawa kepada bakteria cirit birit seperti clostridium perferingens,salmonella@coccidia.
*semburkan bahan pembasmi kuman pada petak yg tercemar.
*jangan bagi makan rumput basah@muda.

DOS
Awalan –
Gentacin 10
1ml/10kg

Kritikal –
Terramycin L.A
1ml/10kg

( sela masa 72 jam @ 3 hari)


."LUKA BERULAT(MAGGOT WOUND)"
PUNCA
*kawasan luka yg terdedah menarik perhatian lalat untuk bertelur.telur lalat menjadi larva dan terus hidup d'dalam luka seawal sehari.
RAWATAN
*Hydrogen Peroxide
*Iodine spray
*Herbanex
*Negasunt Powder
*Stockholm Tar

*proses rawatan luka adalah:
-semburkan dgn penyembur ulat-Herbanex
-cucikan dgn menggunakan hydrogen peroxide(H2O2) dgn bacuhan air 1:1 keluarkan ulat dgn mengunakan forcep.sental dgn kapas dan H2O2.
-Semburkan dgn Iodine
-Semburkan dgn Herbanex.

KECACINGAN (Internal Parasite)
PUNCA
*bulu kelihatan kusam dan tidak berkilat.
*bulu kadangkala berdiri pada bahagian tulang belakang.
*selera makan adalah normal.
*cirit birit yang berterusan dan tidak melampau.
*bagi keadaan yg terlampau kronik,air akan bertakung pada gelembair(dewlaps) di bawah dagu.di panggil juga bottle jaws.
RAWATAN
*lakukan ragutan bergilir pada petak pastura dengan meningalkan kawasan tersebut kosong selama sebulan setelah digunakan selama 3 hingga 5 hari.
*lakukan program pemberian ubat cacing sekurang-kurangnya 3 bulan sekali pada semua kambing.

*CYDECTIN adalah ubat yg sesuai untuk ternakan kambing lakukan secar POUR ON:1 ml/10kg d'mana semburkan titik-titik kawasan badan belakang kambing pas tu cecair tersebut akan masuk kedalam badan kambing@roll kan dari bahagian belakang ke depan di kawasan belakang kambing.
DOS
Awalan-
Dufamex 1%
1ml/10kg

Kritikal
Moxi L.A
1ml/10kg

( sela masa 48 jam @ 2 hari)


SAKIT MATA(pink Eye)
PUNCA
*Disebabkan oleh bakteria moxarella bovis.
*mudah merebak melalui sentuhan@lalat terutama pada anak kambing.
RAWATAN
*Semburkan pink Eye spray 3-4 kali sehari.
*suntikan terramycin LA 1ml/10kg bwt.
*Asingkan kambing yg terjangkit jika boleh.
*suntikan vitasol ADEC 3-5 ml untuk imuniti.

*tanda-tanda adalah mata berair,kemudiannya menjadi merah sehingga
satu peringkat di mana lapisan kornea menjadi puith(macam buta).
-Pink Eye Spray
3-4 kali sehari

DOS
Awalan-
Enrofloxacin 100
1ml/10kg

-Terramycin l.A
1ml/10kg
( sela masa 72 jam @ 3 hari)

KURAP
PUNCA
*Penyebab utama adalah sarcoptic spp dan psoroptic spp.
*hidup dgn menggali ke dlm epidermis dan memakan tisu-tisu mati.
*aktiviti mengorek ini menyebabkan kambing merasa gatal d menggaru.
*inflammasi yg b'terusan menyebabkan kulit menjadi tebal dan bersisik.manakala bulu menjadi gugur.

PENCEGAHAN
*Asingkan dgn segera kambing yg terjangkit.
*suntikan samada Dufamec atau Dectomax@curahkan Cydectin mengikut
sukatanya pada kambing yg terjangkit.jika melibatkan hampir 5-10%
dan ia terkena di merata tempat,buat rawatan pada semua ternakan.

RAWATAN

*Suntikan kumpulan baru dgn Ivomec pada pen kuarantin.
*Benarkan ternakan bergaul sebulan kemudian.
*bawa keluar kambing yg dirawat dan semburkan keseluruhan kandang dgn taktic@mana-mana insecticide yg selamat kerana hama mampu bersembunyi decelah-celah kayu.

DOS
- Dufamec 1%
1ml/10kg

-Cydectin Pour On


BENGKAK PADA KELENJAR(caseous lymphadenitis(CLA).
PUNCA
Terbentuk lapisan bebawang pada nodus limfa dan ia menyorok d'tengah-tengah.
*Perkara yg paling baik dilakukan adalah menakai mana-mana kambing yg terjangkit.
*asingkan ke bilik rawatan.
*apabila bengkak dan hampir matang,sapukan iodine pada permukaan benjolan.tusukan dgn blade dan perahkan nanah kedalam takungan@plastik.

RAWATAN
*bakar@musnahkan nanah tadi dan sentalkan lubang setelah nanah keluar dgn H2O2 sehingga tiada tindakbalas.semburkan dgn Iodine dan Herbanex.
*kambing boleh bergaul semula dgn yg lain setelah tiada parut pada kawasan jangkitan.

PENCEGAHAN
*Takai mana-mana kambing yg mula menunjukan tanda benjolan pada
kawasan nodus limfa(lymph nodes).
*berikan vaksin-Glanvac 6
-suntikan subQ 1ml
-lakukan suntikan boost sebulan kemudian.
-ulang setiap setahun.


PURU (contagious Ecthyma)
PUNCA
*biasanya boleh d'lihat d'bahagian permukan mulut kambing mcm kudis

RAWATAN
*sapukan kawasan terjangkit dgn Iodine@Tetravet spray@mana-mana
disinfektan.suntikan antibiotik LA utk mengelakan jangkitan kedua.
*tembakau@spray@garam alus minyak tanah 2x/days.

PENCEGAHAN
*puru d'sebabkan oleh pox virus.
*berjangkit amat mudah sekali pada anak kambing.
*boleh timbul pada bahagian mulut,ambing dan kaki.
*terjadi seumur hidup sekali sahaja.

- Iodine
- Tetravet
- Enrofloxacin
*tembakau@spray@garam alus minyak tanah 2x/days.
-

KEMBUNG
PUNCA
*Berlaku akibat d'pada pengumpulan gas pada kawasan rumen@pada
sebelah kiri perut.
*berpunca d'pada makanan yg bertenaga tinggi seperti roti@jagung.
*Jika kambing masih boleh berdiri dan bergerak ketika kembung,berikan pada kadar yg dtetapkan secara oral.
*jika kambing sudah terbaring ketika kembung,tusukan dgn trochar dan canula pada bahagian kembung.semburkan Iodin pada kulit sebelum dan selepas tusukan d'lakukan.

PENCEGAHAN
*Elakkan d'pada pemberian makanan bertenaga tinggi terlalu banyak.

- syringes dan needles
-scalpel Blade
-Forcep
-Scissors
-Trochar dan canula
-Kapas


BENGKAK SUSU (mastitis)
PUNCA
*merupakan keradangan pada ambing susu dgn tanda-tanda seperti.
-merah
-panas
-bengkak
-rasa sakit

RAWATAN
*Perahkan keluar susu pada ambing yg terjangkit sebanyak munkin.
*masukan antibiotik seperti mastidian forte,mastolone blue@today
separuh ke dlm ambing melalui rongga tetek-biarkan 24jam dankemudiannya d'perahkan dan dilakukan lagi sekali.
*suntikan antibiotik seperti Enrofloxacin
*suntikan antiinflammatory seperti Novasul.

*berlaku samada d'sebabkan oleh persekitaran yg tidak bersih@akibat dari jangkitan.
DOS
- Enrofloxacin 100
1ml/10kg



Kuku & Mulut
-- Moxi L.A


Anak Baru Lahir

- Tenaga dan gentian susu

- Mamimune


KUTU / HAMA
PENYEBAB KURAP
-TAKTIK

-NOVADINE 3%

Saturday, May 3, 2008

Boer...Oh Boer.. Aku sudah jatuh cinta

Sejak mula aku berjinak dengan bisnes kambing ni, aku cukup minat dengan baka boer. tapi kurang pengalaman aku try dengan kambing kampung dulu la. pastu aku masuk baka jamnapari tak berhasil. "pengalaman yang terlalu mahal aku lalui". Aku beralih plak kepada baka anglo nubian cross. steady sampai sekarang.

Dah 2 tahun bergiat dengan kambing ni baru aku berani nak berjinak dengan baka boer ni.
harap-harap aku dapat meneruskan legasi boer ni untuk menjana untung...

Saturday, April 19, 2008

Susah-susah dahulu, Projek Komersil kemudian



Nilah kandang aku mula-mula buat ternak kambing; bleh la muat dalam 15 ekor saiz 15x30 kaki.Sept 2006


Pastu bila dah bertambah populasi, modal pusing aku cuma untuk keluar masuk kambing dan makanan PKC dan ubat...aku masuk hutan kat tepi tanah aku tambah saiz kandang jadi 15x 60 kaki. sekarang dalam kandang dah ada 50 ekor kambing



Ni baka jantan aku guna untuk kacuk kambing aku.dari baka anglo nubian cross.. baka jamnapari tak sesuai dengan cuaca kat kampung aku...aku dah habis modal dekat RM2300 beli 3 ekor baka jamnapari tapi semua tak tahan, sepi di kuburan. untuk makluman kawasan baling cuaca dia agak ekstrem skit bila waktu malam, start jam 11 malam sejuknya menusuk tulang...mandi pagi kira ketar gigi laa...maklumlah kawasan hulu.."environment friendly" lagi la..





Hasil kacukan bapak kambing anglo nubian dengan kambing kampung kat kandang aku....





Aku ingat nak buat homestay kat kandang aku so sapa-sapa yang berminat nak melawat baling bleh tido di tempat aku, baling ni kaya dengan alam semulajadi macam air terjun lata bukit hijau, lata bayu, air panas lenggong... gunung inas pemandangan puncak banjaran...kalau datang kira malas nak balik la...

Sunday, April 13, 2008

Mencari Rezeki Di Bumi Tuhan

Bermula dari kelahiran putera pertamaku mohammad muaz tanggal 02 Julai 2006,
aku teringin memberi satu tanda syukur diatas kelahirannya,
bermodalkan RM380 ku membeli sepasang kambing kampung sebagai hadiah untuk anak aku,

kini setelah hampir 2 tahun dari kandang berdindingkan kayu terbuang,
berlantaikan batang pinang, aku mengorak langkah tanpa menoleh kebelakang,
dengan modal dari gaji dan hasil kebun getah orang tuaku,
populasi kambingku sudah mencecah 50 ekor dari baka kacukan dan kampung,

VISI PERNIAGAAN: MENEROKA PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN SEHINGGA MENJADI "KEY PLAYER" DALAM PENTERNAKAN KAMBING DI KEDAH DAN MALAYSIA TERUTAMA INDUSTRI HILIRAN,

MATLAMAT JANGKA PENDEK UNTUK MENAMBAH POPULASI KAMBING MENCECAH 300 EKOR STOK JUALAN.

MATLAMAT JANGKA PANJANG UNTUK MENEROKA BIDANG SEJUK BEKU DAN FRANCAIS MAKANAN BERASASKAN KAMBING

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN